NAMA : TILAGAWATI A/P RAMAN

NO MATRIKS : D20102043950

TOPIK : PENGAJARAN PENJODOH BILANGAN SEKOLAH RENDAH

Mikropengajaran BM Tahun 4

Thursday, 22 September 2011

[Nota] PENGENALAN PENJODOH BILANGAN

Penggunaan penjodoh bilangan amat penting dalam bahasa Melayu khususnya kepada benda-benda yang konkrit. Tanpa penjodoh bilangan, ayat yang dibina menjadi tidak gramatis.

1. Penjodoh bilangan adalah kata yang digunakan bersama-sama dengan
kata bilangan.

2. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.

3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
penggunaannya.




Penjodoh Bilangan dan Penggunaan:


baris:
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya


batang:
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya


biji:
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya


cucuk:
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya


das:
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam


ekor:
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya


gugus:
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya


ikat:
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya


jambak:
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya


keping:
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya


ketul:
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya


laras:
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya


lembar:
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya


pasang:
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya


sikat:
Untuk pisang


ulas:
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya


utas:
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya

artikel dari : E-Tuisyen Portal Pendidikan Utusan
gambar dari : MR Google

No comments:

Post a Comment

Followers

Labels

EduWebTV (1) Flashcard (1) Kuiz (1) NOTA (11) PENGENALAN (1) Slideshow (7) Soalan (6) Video (3) Web (1) Youtube (4)